Pengenalan kepada blog, kaitannya dengan diari, jurnal, gazette, tarikh dan surat khabar

Anggaran perkiraan masa bacaan hantaran blog ini : 4 hingga 13 minit

Blog
ialah singkatan kepada perkataan web log, bermaksud catatan sesawang. Blog boleh dikategorikan sebagai sebuah laman web namun sedikit berbeza kerana ia lebih bersifat dinamik iaitu mudah berubah dan sering memaparkan maklumat baru pada setiap masa. Blog menggabungkan tulisan, gambar, dan pautan ke dalamnya serta media-media lain yang berkaitan dengan topik yang cuba disampaikan.

Diari ialah rekod catatan harian tentang perkara yang berlaku atau yang akan dilakukan, lazimnya di dalam buku dan disusun mengikut tarikh. Diari mengandungi pengalaman atau pemerhatian peribadi seseorang. Diari adalah catatan peribadi, ia tidak akan dikongsi dengan orang lain. Perkataan diari atau diary di dalam Bahasa Inggeris adalah berasal dari perkataan Latin, diarium, bermaksud kemasukan harian, dari akar kata Bahasa Latin dies, yang bermaksud day di dalam Bahasa Inggeris, iaitu hari di dalam Bahasa Melayu. Di dalam Bahasa Arab, catatan harian, atau apa yang dipanggil diari atau diary, dipanggil tarikh

Journal atau jurnal, adalah juga catatan harian seperti diary atau diari, akan tetapi ia adalah di dalam keadaan terbuka, boleh dibaca oleh orang ramai. Di dalam Bahasa Perancis, journal adalah bermaksud perjalanan harian, dari akar kata jour bermaksud hari di dalam Bahasa Perancis, journal di dalam budaya Perancis adalah bermaksud untuk beritahu kepada orang lain akan pengalaman dan kesukaran perjalanan harian seseorang itu, iaitu journey di dalam bahasa Inggeris atau journée di dalam Bahasa Perancis, perkataan -née di dalam perkataan journée di dalam Bahasa Perancis adalah bermaksud lahir, dengan ini perkataan journey atau journée adalah bermaksud suatu perjalanan yang baru hendak dilakukan, manakala journal atau jurnal adalah merujuk kepada suatu perjalanan yang sudah dilakukan oleh seseorang itu. Pada era pemerintahan Rome di zaman silam yang kemudiannya berjaya menjajah kawasan yang dikenali sebagai Gaul yang sekarang ini dikenali sebagai negara Perancis, journal atau jurnal, adalah juga digelar Acta Diurna, iaitu bermaksud kerja harian, ia kemudiannya dikenali sebagai gazette pada tahun 1556, setelah kerajaan Venice yang meneruskan tradisi empayar Rome, menerbitkan diurna atau journal atau jurnal diaorang yang dipanggil notizie scritte yang bernilai 1 gazetta, sejenis duit syiling yang digunakan oleh kerajaan Venice pada zaman itu, di dalam Bahasa Latin, gazetta, adalah juga disebut gaza dan gazza, yang bermaksud kekayaan, kemewahan, dan harta; ini boleh difahami di dalam perkataan gauze, gause dan gaze di dalam Bahasa Inggeris, juga قَزّ‎, qazz di dalam Bahasa Arab, yang kesemuanya bermaksud kain yang amat baik, terutamanya kain sutera, disebabkan pada zaman itu, Venice amat terkenal sebagai pengeluar industri penenunan kain yang terbaik di benua Eropah, sebelum Perancis yang bermula dari industri penenunan kain di Lyon mengambil alih taraf penenunan kain terbaik di Eropah, dan sekarang ini, manusia #1 terkaya di benua Eropah adalah dari negara Perancis, Bernard Jean Étienne Arnault dari syarikat LVMH, yang juga adalah berkaitan dengan industri penenunan kain di benua Eropah.

Gambaran industri penenunan kain di Venice, Itali yang diusahakan oleh keluarga Bevilacqua.

Kemudiannya perkataan gazette ini lebih dikenali sebagai surat khabar yang juga bermaksud berita harian selepas kerajaan British menerbitkan The Oxford Gazette pada 7 November 1665, yang usahanya dimulakan oleh seorang yang bernama Henry Muddiman, pada masa itu, apa yang dikenali sebagai negara Britain sekarang ini diperintah oleh seorang yang bernama Charles II of England, dimana kota London ketika itu mengalami pandemik wabak penyakit yang dikenali Great Plague of London, dilaporkan Charles II of England telah menjadi "phobia", menjadi takut yang amat untuk pegang apa sahaja kertas-kertas dan barang-barang dari London, maka kerja-kerja untuk melaporkan berita-berita terkini kepada Charles II of England dilakukan di Oxford. Apabila Great Plague of London telah pulih, operasi dan kerja-kerja melaporkan berita-berita mengenai urusan kerajaan British, bertapak di kota London pada 5 Februari 1666, dengan itu ia kemudiannya dikenali dengan nama The London Gazetteyang kemudiannya mempengaruhi Lloyd's Coffee House yang dibuka oleh Edward Lloyd pada tahun 1686, iaitu suatu tempat di kota London, Britain dimana pelayar-pelayar, pedagang-pedagang, dan pemilik-pemilik kapal di Britain berkumpul untuk mendengar berita-berita terkini mengenai industri perkapalan, jaminan insurans dan shipbroking, iaitu suatu jenis perkhidmatan berkaitan kewangan di antara pemilik kapal dan pedagang-pedagang di Britaindimana Edward Lloyd, telah mengeluarkan apa yang dipanggil Lloyd's News, ia kemudiannya lebih dikenali sebagai newspaper, bermaksud surat khabar di dalam Bahasa Melayu.

Blog adalah juga suatu bentuk diari atau diary, journal atau jurnal, gazette, newspaper atau surat khabar, dan juga tarikh, iaitu di dalam bentuk digital, online; di atas talian Internet. Perkataan blog diperkenalkan ke dunia ini oleh seorang yang bernama Peter Merholz, pemegang akaun twitter @peterme, pada tahun 1999.

Aliran tahun yang digunakan di dalam penulisan blog ini : [ 1556 ] -> [ 1665 ] -> [ 1666 ] -> [ 1686 ]


Ditulis oleh,

MUHAMMAD SYAKIR BIN MOHD HARIS
Diploma in Computer Science
Bachelor in Computer Forensic (Honours)

Ditulis pada : 26 Julai 2021, hari Isnin
Dikemaskini pada : 28 Julai 2021, hari Rabu



Ulasan