Anggaran perkiraan masa bacaan hantaran blog ini : 3 hingga 9 minit
Blogger ialah sebuah perkhidmatan penerbitan dan perkongsian blog yang diasaskan oleh Pyra Labs, dan diambil alih oleh Google pada tahun 2003. Dengan ini, nama penuh Blogger adalah Google Blogger. Seorang pengguna Blogger boleh memiliki sehingga 100 blog atau laman web, sesawang bagi setiap akaun yang didaftarkan di Blogger. Google Blogger mempunyai pangkalan pengguna antarabangsa yang luas dan tersedia di dalam lebih dari 60 bahasa manusia.
Blogger dicipta oleh orang yang bernama Evan Williams ( laman Twitter rasmi, @ev ) dan Meg Hourihan ( laman Twitter rasmi, @megnut ). Selalunya laman sesawang yang menggunakan servis Blogger boleh dikenali dengan perkataan blogspot.com.
Carian Blogger boleh menggunakan laman ini : https://www.searchblogspot.com
Apa-apa pautan yang baru ditulis di Blogger tidak akan timbul di enjin carian Google walaupun ia adalah milik sepenuhnya Google, akan tetapi jika pautan dari halaman Blogger itu dikongsi ke Twitter, maka syarikat Microsoft akan kutip pautan Blogger yang dikongsi itu dan masukkan ia ke dalam enjin carian rasmi syarikat Microsoft iaitu Bing : https://www.bing.com
Ulasan
Catat Ulasan