Alat-alat tulis untuk memudahkan kerja-kerja berkaitan pengurusan orang di dalam Blogger

Anggaran perkiraan masa bacaan hantaran blog ini : 12 hingga 39 minit

Alat tulis sudah ada sejak di zaman lampau, berawal dari Zaman Batu dimana manusia menulis dengan menggunakan batu yang tajam, batu yang biasa mereka gunakan untuk berburu. Pada zaman itu manusia tidak menulis dengan menggunakan simbol atau alphabet, juga dikenali sebagai alfabet dan abjad, mereka melukis gambar untuk menceritakan kerja-kerja seharian mereka, dengan menggoreskan batu tajam ke dinding gua. Pada tahun 8,500 Sebelum Masihi, iaitu 8,500 tahun sebelum kelahiran Nabi Allah Isa bin Maryam, ditemukan tanah liat yang mereka gunakan sebagai media baru kerana dinding gua tidak dapat dibawa oleh manusia ke merata-rata tempat untuk mencatat kerja-kerja harian mereka.

Seiring dengan peredaran masa, pemelihara catatan-catatan kerja-kerja harian manusia membangunkan simbol-simbol sistematik yang tersusun dan teratur daripada lukisan mereka. Simbol-simbol ini mewakili kata-kata dan ayat-ayat, lebih mudah serta lebih cepat untuk difahami oleh orang lain. Kemudiannya simbol-simbol ini dikongsi dan diselaraskan di antara suku-suku serta kelompok-kelompok manusia yang lain. Pedagang-pedagang terawal menggunakan tanah liat dengan seni pictograph untuk merekodkan jumlah bahan yang diperdagangkan atau dihantar. Pictograph atau piktograf adalah simbol atau gambar yang mewakili idea-idea yang cuba disampaikan oleh manusia. Di antara contoh piktograf yang sering dilihat di tempat umum di zaman sekarang ini adalah seperti "gambaran" rokok dengan lingkaran merah dan garis miring di sekelilingnya, yang bermaksud kawasan itu tidak dibenarkan untuk merokok. Ia kemudiannya menjadi suatu yang mewakili bunyi di dalam komunikasi lisan di antara manusia. Sekitar tahun 400 Sebelum Masihi, abjad Yunani, Greek dibangunkan dan ia mula menggantikan piktograf sebagai bentuk komunikasi visual, bermaksud berhubung dengan manusia lain dengan menggambarkan akan sesuatu itu menggunakan huruf-huruf Yunani, Greek. Bahasa Yunani, Greek adalah skrip pertama yang ditulis dari kiri ke kanan. 

Pada mulanya, semua sistem penulisan hanya mempunyai huruf besar, tetapi apabila instrumen iaitu alat-alat penulisan telah disempurnakan dengan gaya yang lebih terperinci, huruf kecil digunakan juga pada sekitar 600 Selepas Masihi, iaitu 600 tahun selepas kematian Nabi Allah Isa bin Maryam. Orang Yunani, Greek menggunakan stylus, iaitu alat-alat untuk penulisan yang diperbuat daripada logam, tulang atau gading untuk meletakkan tanda pada tablet lilin yang bersalut. Tablet dibuat di dalam pasangan berengsel dan tertutup untuk melindungi nota penulis. Contoh tulisan tangan pertama yang berasal dari Yunani, Greek adalah Κάδμος, Kadmos, seorang raja Yunani, Greek dari Thebes yang mencipta abjad yang bertulis. 

Orang-orang Cina mencipta dan menyempurnakan apa yang digelar Dakwat India, dipanggil India Ink di dalam Bahasa Inggeris yang selalunya berwarna hitam; puak India mendapat nama walaupun ia sebenarnya pertama kali dicipta di negara Cina kerana perdagangan puak British yang lebih mengutamakan ke arah puak India pada masa puak British memegang kuasa besar dunia pada masa dahulu. Pepatah Melayu ada menyebut gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, namun di dalam hal-hal berkaitan penulisan, suatu nama atau juga dipanggil jenama bergantung kepada siapa yang tengah pegang kuasa besar dunia ketika itu, seperti di dalam kes Dakwat India atau India Ink.

Sebuah blog di dalam Google Blogger disarankan mempunyai lebih dari 300 patah perkataan, tidak melebihi 1,890 patah perkataan, majoriti pembaca blog membaca di dalam lingkungan 37 saat, lebih tinggi daripada di dunia sebenar yang hanya menumpukan 8.25 saat sahaja; disebabkan kebanyakan pembaca blog sedang mencari akan cara penyelesaian masalah seharian mereka, iaitu dengan akar kata yang berkaitan dengan maksud perkataan bagaimana di dalam Bahasa Melayu atau how di dalam Bahasa Inggeris, majoriti pembaca blog adalah di dalam usia lingkungan 40 tahun hingga 60 tahun yang selalunya seseorang itu sebelum mampu membuat keputusan akhir akan membaca di antara 3 hingga 5 blog setiap hari terutamanya sebelum membuat apa jua jenis pembelian sama ada di dunia sebenar atau di dunia maya iaitu di atas talian Internet. Pembaca-pembaca blog tegar, yang sentiasa membaca blog setiap hari, mereka juga selalunya sedang melakar atau melukis sesuatu untuk memudahkan kerja-kerja harian mereka, iaitu apa yang dipanggil technical drawing, iaitu gambar teknikal di dalam Bahasa Melayu, juga dikenali sebagai penyusunan, di dunia Melayu terutamanya di Tanah Orang Jawa, mereka yang pandai menyusun diangkat tinggi taraf mereka di kalangan masyarakat dan memakai gelaran Sunan, singkatan kepada perkataan Susuhunan yang semaksud dengan perkataan susunan di dalam bahasa Melayu. Mereka ini sedang mengumpul maklumat akan segala jenis pengalaman dan kesukaran perjalanan harian seseorang itu, iaitu mereka yang telah menulis blog itu, sebelum suatu gambaran, iaitu apa yang dikenali sebagai technical drawing akan dihasilkan di masa hadapan untuk memudahkan kerja-kerja harian mereka.

Rujuk pautan hantaran blog ini untuk penerangan lebih lanjut akan
blog, kaitannya dengan diari, jurnal, gazette, tarikh dan surat khabarhttps://syakirharis.blogspot.com/2021/07/pengenalan-kepada-blog-kaitannya-dengan.html

Penulis blog yang mampu menulis blog dengan kelajuan minimum 16 blog setiap bulan, dipercayai dan diyakini akan penulisan blog dia iaitu sudah dirujuk silang segala jenis perbahasan di dalam penulisannya atau juga dikenali cross-referenced di dalam Bahasa Inggeris dan sudah diteliti segala jenis kenyataan di dalam penulisannya atau juga dipanggil fact-checked di dalam Bahasa Inggeris, selalunya akan jana lebih kurang $42 bersamaan RM177 setiap jam; setiap 1 penulisan blog yang bagus adalah bersamaan lebih kurang RM11 setiap jam, masa untuk menuai hasil penulisan blog adalah lebih kurang selepas 3 tahun menulis blog, dimana setiap satu penulisan blog yang bagus itu mampu menjana lebih kurang RM7,920 setiap bulan, atau bersamaan RM95,040 setiap tahun, sebelum tempoh matang suatu penulisan blog iaitu 3 tahun, maka jangan berharap akan suatu jenis hasil langsung dari penulisan-penulisan blog, hanya sasarkan untuk memudahkan kerja-kerja harian sendiri terlebih dahulu sebelum disasarkan untuk kegunaaan khalayak ramai. Majoriti blogger yang mampu menjana $100,000 bersamaan RM422,500 pada setiap bulan, bersamaan minimum RM5,070,000 pada setiap tahun adalah mereka yang amat kerap bermain permainan matematik terutamanya di dalam hal-hal matematik berkaitan pengurusan kewangan dan juga pengurusan orang

Bagi mencapai ketepatan, apa yang dipanggil cross-referenced dan fact-checked di dalam suatu penulisan blog yang berkualiti yang dipercayai dan diyakini ramai orang, maka baca terlebih dahulu 100 jenis bahan bacaan, sama ada dari blog orang lain, surat khabar, majalah, buku, apa sahaja jenis bahan bacaan yang bertulis untuk mencapai tahap ketepatan di dalam menyampaikan maklumat di dalam hantaran blog di masa hadapan, di dalam bahasa Inggeris sistem ini dinamakan hundred bermaksud seratus, 100, sistem ini digunakan oleh kesemua bahagian wilayah Eropah di sebelah utara, berasal dari budaya puak Jerman yang telah mentakrifkan akan apakah itu sebenarnya maksud tuah atau luck di dalam Bahasa Inggeris yang berasal dari perkataan Jerman glück, berkait rapat dengan perkataan look, bermaksud melihat ke arah sesuatu di dalam Bahasa Melayu dan lock bermaksud mengunci atau menutup dengan amat rapat akan sesuatu di dalam Bahasa Melayu, dimana kesemuanya berasal dari budaya puak Jerman yang mentakrifkan luck atau nasib yang baik dengan maksud juara penembak babi sepertimana yang pernah berlaku di Melaka, tempat utama Laksamana Hang Tuah, dimana orang-orang di Melaka telah membahaskan kenyataan kontroversi Aku YB ke Kau YB? yang dikeluarkan oleh salah seorang ahli kerajaan yang sedang memerintah negeri Melaka dan akhirnya Majlis Undangan Negeri Melaka terpaksa akur dan menobatkan kepadanya gelaran juara penembak babi di dalam Majlis Dewan Undangan Negeri Melaka yang membentuk kerajaan negeri Melaka. 

Di dalam budaya puak Jerman, sebelum suatu buah kerajaan mampu dibentuk dengan sempurna, dipanggil gaumann di dalam bahasa Jerman, government di dalam Bahasa Inggeris, seseorang itu akan pergi memburu untuk menjadi juara penembak babi, menjadi pemburu, hunter di dalam Bahasa Inggeris, huntari di dalam Bahasa Jerman bermaksud 100 tempat atau 100 bahagian, yang juga bermaksud dia sudah memburu paling kurang di 100 tempat, dimana akhirnya puak Jerman yang berpegang kepada fahaman ini sudah mencapai suatu jenis kecekapan dimana kau menyoroklah macam mana gaya sekalipun, dimana-mana sahaja, pada apa jua masa, pada apa jua tempat dan keadaan, tetap kau akan kena juga pada sasaran akan si dia, yang sedang memburu itu. Angela Dorothea Merkel sebagai contoh, dilahirkan dengan nama Angela Dorothea Kasner, seorang yang sekarang ini sedang memegang kedudukan tertinggi di dalam kerajaan negara Jerman sebagai Bundeskanzlerin der Bundesrepublik Deutschland, walaupun bukan dilahirkan di dalam negara Jerman, dia dilahirkan di dalam negara Poland tetapi keturunan atasnya adalah orang Jerman dan apabila dia cuba untuk memahami budaya dan politik puak Jerman dengan lebih mendalam, masuk semula ke dalam kelompok puak Jerman di dalam negara Jerman, dia telah menerbitkan thesis PhD di Deutsche Akademie der Wissenschaften zu Berlin dengan tajuk Untersuchung des Mechanismus von Zerfallsreaktionen mit einfachem Bindungsbruch und Berechnung ihrer Geschwindigkeitskonstanten auf der Grundlage quantenchemischer und statistischer Methoden, diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bermaksud "Penyiasatan mekanisme reaksi perpecahan dengan pemecahan ikatan sederhana dan pengiraan pemalar kadarnya berdasarkan kaedah kimia kuantum dan statistik", dipermudahkan pemahaman akan tajuk dan kandungan di dalam thesis PhD Angela Dorothea Merkel, yang telah mendapat gelaran de facto leader of the European Union, ia adalah berkaitan melihat dari mata ke mata ke suatu tahap yang amat terperinci dan amat tajam penglihatannya yang membahaskan tentang kerosakan atom seperti yang digunakan di dalam reaktor pembelahan nuklear, bom nuklear dan juga ubat nuklear, tetapi keseluruhan molekul; molekul adalah terdiri daripada atom yang saling mengikat, yang bermaksud bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu ikatan antara dua atom seperti atom-atom ini. Terdapat juga beberapa ikatan antara dua atom, yang mungkin kelihatan seperti atom = atom, atau ikatan antara lebih dari dua atom, yang boleh kelihatan seperti atom-atom-atom. Dengan ini bolehlah difahami di dalam budaya puak Jerman, mereka semua amat percaya dan yakin bahawa nasib atau tuah atau luck itu semua tidak datang semudah yang disangka, melainkan dengan usaha yang amat keras untuk mencapai akannya. 

Syarikat Rheinmetall adalah di antara mereka yang berpegang kepada fahaman lama puak Jerman, telah ditubuhkan sejak 132 tahun yang lampau, semasa penyatuan orang-orang Jerman ketika era empayar Jerman yang dinamakan Deutsches Kaiserreich, dimana di dalam budaya puak Jerman, apa yang dipanggil luck di dalam Bahasa Inggeris atau glück di dalam Bahasa Jerman adalah bermaksud usaha paling kurang di 100 tempat untuk mencapainya, bukan sekadar bergantung kepada nasib semata-mata.


Puak Amerika Syarikat pula yang dari keluarga ternama yang tahu bina rumah mereka sendiri, boleh dikatakan di setiap rumah mereka ada ruang simpanan khas dibawah tanah, di bawah rumah mereka yang ahli keluarga mereka sahaja yang tahu di mana sebenarnya mereka pergi simpan duit dan wang mereka dari pengetahuan kerajaan yang sedang memerintah Amerika Syarikat, ada yang sampai di tahap kubur atau makam yang mengandungi jenazah ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia pun disimpan dibawah rumah mereka sendiri, dibawah bangunan gereja yang dibawah pengaruh kuat ahli keluarga mereka seperti yang dilakukan oleh puak British pada zaman British pernah pegang kuasa besar dunia sebelum ini supaya rahsia berapa sebenarnya jumlah duit dan wang yang mereka simpan itu selama-lamanya tidak akan diketahui oleh orang lain selain ahli keluarga mereka sahaja. Puak Jerman adalah di antara yang paling dahsyat cara mereka sorok, simpan duit dan wang mereka yang berbentuk emas, nampak oleh mata kasar manusia biasa seperti tanah yang tidak bernilai, lepas sahaja mereka panggil ahli-ahli kimia dan fizik terbaik mereka, apa yang dikenali sebagai gerakan Deutsche Physik dan buat kerja-kerja kimia dan fizik mereka, tiba-tiba sahaja tanah-tanah itu bertukar menjadi jongkong emas sepertimana yang pernah berlaku semasa perang dunia sebelum ini. 

Bagi puak Amerika Syarikat yang tengah pegang kuasa besar dunia sekarang ini, diaorang simpan, sorok segala jenis harta milik mereka paling kurang di 250 tempat yang berlainan di atas dunia ini, suatu jenis strategi yang suatu ketika dahulu dimulakan oleh puak Parsi yang sekarang ini dikenali sebagai Iran semasa puak Parsi atau Iran sedang pegang taraf sebagai kuasa besar dunia dengan apa yang dipanggil oleh seteru utamanya iaitu puak Greek, Ἀθάνατοι, yang juga dipanggil Immortals di dalam Bahasa Inggeris, yang bermaksud pasukan tentera yang tidak akan mati, itu sebab wujudnya falsafah Legends Never Die, dimana jika ada serangan dari mana-mana pihak di atas dunia ini, tetap akan muncul paling kurang 10,000 orang tentera puak Parsi untuk mempertahankan empayar yang sedang dikuasai oleh puak Parsi atau dipanggil puak Iran sekarang ini. Puak Amerika Syarikat, puak Itali masih lagi simpan segala jenis harta milik mereka di dalam rumah-rumah mereka, di bank-bank di atas dunia ini, atau mana-mana bangunan yang boleh dilihat oleh manusia biasa, puak Jepun pula, sekalipun kau sudah berjaya jumpa "harta" puak Jepun, berjaya buka peti besi puak Jepun di dalam mana-mana bangunan milik puak Jepun, yang kau akan jumpa selalunya hanyalah senarai nama-nama orang di atas dunia ini, selalunya adalah nama keluarga seseorang itu dan juga peta-peta dan lakaran, gambaran kepada di mana terletaknya harta-harta puak Jepun di atas dunia ini, selalunya tiada siapa pun yang dapat rungkai akan apakah sebenarnya yang telah ditulis, dilukis di atas peta-peta dan lakaran-lakaran, gambaran-gambaran yang dilukis oleh puak Jepun melainkan nama-nama yang berserta dengan gambaran-gambaran, lukisan-lukisan yang dilukis oleh puak Jepun, selalunya ia merujuk kepada mereka yang sedang atau pernah berada di kuil-kuil Shinto di negara Jepun yang ada kaitan rapat dengan maharaja-maharaja Jepun, terletaknya nun jauh masuk ke dalam hutan belantara di negara Jepun. Puak Jepun percaya kepada apa yang dipanggil Yūrei dan Kami, yang katanya segala-galanya adalah bersama dengan unsur-unsur alam semulajadi, tidak akan sesekali terlihat dengan mata kasar manusia melainkan ia adalah melambangkan akan diri seseorang itu juga, apa yang puak Jepun kata 随神の道, 惟神の道, yang membawa maksud "inilah dia cara Kami". Berurusan dengan puak Amerika Syarikat serupa macam main tarik tali permainan matematik, awal-awal lagi dia sudah bawa kalkulator, mesin kira-kira dia, ada juga yang bawa masuk mesin counterfeit currency detector pun ada, dan dia tidak akan cerita langsung apa sahaja berkaitan harta-harta puak Amerika Syarikat melainkan kena bayar terlebih dahulu servis perkhidmatan untuk bagi dia buka mulut dia cerita akan hal-hal yang sedang diburu itu, macam kau tengah pesan barang-barang makanan kau di McDonalds ke KFC ke Burger King, dimana semuanya pakai sistem prepaid, bayar dahulu baru dapat makanan ke minuman yang kau pesan itu, industri makanan dan minuman sahaja, kalau kau hendak temuduga dia, interview dia, kena bayar puak Amerika Syarikat ini bermula dari RM1,000 setiap seorang, setiap jam, prepaid, maknanya, bayar terlebih dahulu, baru dia akan buka mulut dia cerita pasal hal-hal berkaitan industri makanan dan minuman puak Amerika Syarikat, kalau kau tak bayar, mungkin kena tunggu lagi 10 tahun lagi, sebab dia ada senarai mereka yang menunggu, waiting list dia sendiri, puak Amerika Syarikat ada sanggup tunggu hingga 10 tahun macam itu untuk dapat rasa makanan dan minuman yang terbaik dari chef-chef masakan terbaik di Amerika Syarikat, boleh cuba rujuk buku Trump: The Art of the Deal, yang ditulis oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald John Trump, untuk memahami akan bagaimana cara puak Amerika Syarikat berurus niaga, berdagang di Amerika Syarikat, The New York Times Best Seller list letak ranking, kedudukan buku Donald Trump itu di kedudukan #1 mereka, kemungkinan sebab itu, Donald Trump kemudiannya diangkat menjadi The President of the United States (POTUS) secara rasmi pada 20 January 2017

Pada ketikamana manusia sudah pandai menulis dan membaca, kemudiannya mereka pandai mengira, lama kelamaan mereka ini menjadi ketua utama kepada keluarga besar mereka. Mereka ini semua telah membina bank mereka sendiri di dalam rumah keluarga mereka sendiri. Perbuatan mengira di dalam Bahasa Inggeris ditulis counting, dari akar kata perkataan count, pada zaman dahulu mereka yang menjadi penasihat utama kepada raja-raja, serta pemerintah-pemerintah yang sedang memerintah sesebuah kerajaan dan seluruh tanah jajahan yang amat besar dibawah pemerintahannya memakai gelaran Count di dalam Bahasa Inggeris, yang perempuan memakai gelaran Countess, di dalam bahasa Itali dengan gelaran, Conte. Asalnya dahulu pada zaman Rome menjadi kuasa besar dunia, gelarannya adalah Comes, iaitu mereka yang menjadi peneman utama, orang yang paling dekat, yang paling rapat sekali kepada raja dan pemerintah utama Rome untuk urusan kemasukan segala jenis harta dan kekayaan dari seluruh tanah jajahan puak Rome di atas dunia ini, apa yang sekarang ini di dalam Bahasa Inggeris dipanggil income, ketikamana Rome menjajah negara Perancis, apa yang dikenali sebagai Gaul, perkataan Comes, menjadi Comté dan Comte, sampai kepada puak British, kemudiannya ia mengikut sebutan lidah puak British, menjadi Count, penolong kepada Count, dipanggil Viscount, dari gabungan perkataan Vice (yang kemudiannya menjadi Vis) + Count. Di dalam agama Islam, malaikat-malaikat yang amat dekat dengan Allah dipanggil dengan gelaran Al-Muqarrabin, juga dipanggil malaikat Al-Karubiyyun, maksud dia adalah sepertimana orang Melayu selalu sebut di dalam perkataan kawan karib, yang bermakna kalau kau ada banyak kawan, yang dipanggil karib itu bermaksud kawan atau teman kau yang paling rapat sekali, yang paling dekat sekali, penggunaan di dalam Bahasa Melayu yang amat dekat dengan sebutan Al-Muqarrabun adalah akrab, sama juga maksud dia iaitu yang amat dekat, yang amat rapat. Di dalam Bahasa Ivrit juga dipanggil Bahasa Ifrit, darimana penggunaan Jin Ifrit digunakan di dalam Bahasa Melayu yang bermaksud Jin itu bertutur di dalam bahasa Yahudi, iaitu Hebrew yang dituturkan oleh puak Yahudi, Al-Muqarrabin adalah di dalam bentuk jamak, iaitu ada banyak malaikat-malaikat peneman, atau yang amat dekat, yang amat rapat kepada Allah, disebut כְּרוּבִים, kərūḇīm, kalau satu sahaja malaikat itu maka ia dipanggil כְּרוּב‎, kərūḇ, juga ditulis כרוב, kerúv; di dalam Bahasa Inggeris juga ditulis cherub; maksud yang difahami oleh puak Yahudi pada zaman sekarang ini selalunya adalah merujuk kepada sayur kobis, juga bermaksud suatu hasil tuaian yang amat banyak, yang selalunya disediakan semasa upacara חג האסיף, Chag HaAsif, iaitu bermaksud pesta mengumpul hasil, Feast of Ingathering di dalam budaya puak Yahudi. Puak Yahudi bawa budaya kobis, כרובkerúv, mereka ke Poland, sampai budaya makanan sayur kobis ini ke negara Jerman, negara Poland adalah di antara jiran utama kepada negara Jerman, kobis dipanggil kraut, dan menjadi makanan kegemaran utama puak Jerman iaitu apa yang dipanggil sauerkraut, bermaksud kobis masam, iaitu kobis yang sudah menjadi jeruk, sudah menjadi masam untuk dimakan oleh puak Jerman, kobis yang masih belum dipotong mampu bertahan 1 hingga 2 hari, kobis yang sudah dipotong mampu bertahan 2 ke 3 jam sahaja, kobis yang belum dipotong dan disimpan dalam peti ais mampu bertahan 4 hingga 5 minggu, lebih kurang sebulan macam tu, kobis yang sudah dipotong dan disimpan di dalam peti ais mampu bertahan 7 hingga 10 hari, tetapi apabila dapat sahaja sayur kobis tu di tangan puak Jerman, diaorang jadikan ia sauerkraut, maka sayur kobis itu mampu bertahan 3 hingga 5 tahun jika ia masih kekal bertutup amat rapat di dalam balang khas puak Jerman untuk simpan lama sauerkraut, kobis-kobis kesayangan puak Jerman.

Puak British semasa perang dunia sebelum ini panggil puak Jerman dengan gelaran kraut, di Perancis yang juga merupakan di antara jiran utama puak Jerman, makanan kegemaran puak Jerman yang dipanggil sauerkraut digelar choucroute, puak Belanda yang juga berjiran rapat dengan puak Jerman, kemudiannya memperkenal istilah baru akan suatu makanan bernama chocolate, yang ditempat asal makanan chocolate atau coklat ini bermaksud makanan untuk Tuhan-Tuhan, dari istilah Bahasa Latin akan nama pokok chocolate atau coklat ini berasal iaitu theobroma cacao, juga dipanggil dengan gelaran Dutch cocoa disebabkan proses pembuatannya dipelopori oleh seorang ahli kimia dari Belanda bernama Coenraad Johannes van Houten, sekarang ini coklat atau chocolate yang menggunakan jenama Van Houten adalah dibawah syarikat Belgium yang bernama Barry Callebaut, negara Belgium adalah juga salah satu negara yang merupakan jiran utama negara Jerman sekarang ini.

Puak Jerman yang pandai mengira hasil pendapatan, income, menjadi ketua utama keluarga besar di Jerman kemudiannya dipanggil Graf, merujuk kepada maksud כרובkerúv di dalam Bahasa Yahudi, Hebrew, yang perempuan pula memakai gelaran Gräfin, suatu binatang mistik yang dinamakan Griffin menjadi simbol dan lambang utama yang mewakili maksud pelindung syurga, digunapakai dengan amat meluas di dalam wilayah dan kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai negara Jerman dan negara Poland. Gaius Plinius Secundus juga dikenali sebagai Pliny the Elder menyatakan bahawa binatang mistik yang dikenali sebagai Griffin; dimana puak Jerman yang berjantina perempuan, menjadi ketua utama keluarga puak Jerman dan memakai gelaran Gräfin; mengeluarkan telur-telur emas. Apabila sebutan Graf puak Jerman ini sampai ke lidah puak British, ia kemudiannya menjadi graph, yang sekarang ini ia adalah di antara salah satu kaedah untuk memudahkan pemahaman kerja-kerja pengiraan matematik, pengiraan kemasukan (juga pengeluaran) segala jenis harta kekayaan di atas dunia ini, atau apa yang dikenali di dalam Bahasa Inggeris, count, dari maksudnya yang paling asal iaitu mengenai income di dalam Bahasa Inggeris, pertama kali dipakai oleh puak Rome yang ditugaskan untuk mengira segala jenis kemasukan kekayaan dan segala jenis harta dari seluruh tanah jajahannya di atas dunia ini yang berjaya dikumpul oleh puak Rome dengan diberi amanah dan kepercayaan akan pengiraannya itu kepada mereka yang memakai gelaran Comes.

Oleh itu di antara alat tulis yang akan digunakan ialah : 

1) Word Counter Plus

Tajuk penulisan hantaran blog selepas ini insha-Allah adalah mengenai buku dan pengurusan mengenainya, selepas manusia tahu melukis, menulis, membaca (juga bermaksud melihat), dan mengira, kemudiannya kesemua catatan-catatan itu akan menjadi banyak, dan ia akan membentuk sebuah buku. Disebabkan di dalam hantaran blog ini sudah terlalu panjang untuk bacaan, kena fikir tajuk utama, yang juga merupakan tajuk besar berserta tajuk-tajuk kecil yang berkaitan yang sesuai untuk hantaran penulisan blog berkaitan buku untuk kerja-kerja berkaitan pengurusan orang, akan dimulakan dengan jadual isi kandungan yang dilabuhkan, di dalam Bahasa Inggeris disebut achored disebabkan yang mengawal tulisan-tulisan yang dianggap seperti lautan setelah manusia mula berdagang di dunia yang amat luas dengan puak-puak manusia yang lain di atas dunia ini adalah kapal-kapal yang berada di pelabuhannya, di dalam seni penulisan ialah alat-alat tulis atau mata pena yang menulis akan suatu penulisan itu, di dalam Bahasa Melayu perkataan Tuhan yang dipakai untuk manusia biasa adalah Tuan, di dalam Bahasa Inggeris Tuan dan juga Tuhan, kedua-duanya disebut dan ditulis dengan gelaran Lord, dan di antara mereka yang dikhaskan gelaran ini adalah Lord High Admiral of the United Kingdom, yang bermaksud dia adalah Ketua atau Tuan yang paling utama sekali di dalam angkatan tentera laut Britain, Royal Navy, yang mengawal dan menjaga keselamatan laluan perdagangan puak British yang melalui segala jenis laut yang berada di atas dunia ini. Di antara laluan perdagangan di antara manusia, perdagangan antarabangsa yang akan disentuh untuk menjelaskan akan apakah itu buku sebenarnya? Kenapa di dunia Melayu ia dipanggil buku sebutannya? Kenapa penjelasan perkataan-perkataan di dalam buku itu dibukukan di dalam buku yang dipanggil kamus? Apakah gelaran yang diberikan kepada penjaga buku? Kenapa tempat menyimpan buku-buku dipanggil perpustakaan? Kenapa mereka iaitu manusia-manusia yang mahir mengira dipanggil akauntan atau accountant di dalam Bahasa Inggeris, kenapa mesin yang mahir mengira dipanggil komputer atau computer di dalam Bahasa Inggeris, kenapa ilmu berkaitan kira-kira sering disebut dengan nama matematik atau mathematics di dalam Bahasa Inggeris apakah kaitan kesemuanya ini dengan apa yang dipanggil ekonomi atau economy di dalam Bahasa Inggeris, kaitannya rapatnya dengan hal-hal yang berkaitan pengurusan orang dan juga pengurusan rumah, juga kenapakah ilmu statistik atau ilmu berkaitan perangkaan atau juga dipanggil statistics di dalam Bahasa Inggeris sering dikaitkan dengan ilmu ekonomi? 

Apakah yang menyebabkan manusia akhirnya membuat keputusan untuk keluar berinteraksi dengan puak-puak manusia yang lain di atas dunia ini, mula berdagang dengan mereka yang bukan dari kalangan puaknya, kenal mengenal di antara satu sama lain yang berlainan budaya dan kepercayaan. Apakah kaitannya dengan penjelasan yang diterangkan pada hantaran blog ini iaitu mengenai pelukisan, penulisan, penglihatan dan pengiraan? [ Greek / Yunani (1) ], [ Parsi / Iran (2) ], [ Arab (3) ], [ Inggeris / British (4) ], [ Belanda (5) ], [ Jawa / Indonesia (6) ], [ Georgia (7) ], [ Turki (8) ], [ Itali (9) ], [ Jepun (10) ], [ India (11) ], [ Amerika Syarikat (12) ], [ Jerman (13) ]. Sebelum itu akan cuba diterangkan akan terma-terma, maksud-maksud istilah-istilah yang berkaitan akan alirannya iaitu berkaitan kemasukan dan pengeluaran terutamanya berkaitan pengurusan kewangan dan pengurusan orang untuk memudahkan akan pemahaman akan topik perbincangan berkaitan perdagangan antarabangsa. Untuk memudahkan pemahaman, jadi akan cuba dipakai sistem ABG, iaitu A atau Ahmad mewakili orang Malaysia yang kebanyakan orang Malaysia namanya bermula dengan nama Muhammad, di dalam kitab-kitab lama, ejaan nama Muhammad dieja Ahmad; B mewakili Bennett orang luar dari Malaysia juga bermaksud orang dagang, di dalam bahasa Inggeris ditulis businessman, disebabkan Perdana Menteri Israel dan puak Yahudi sekarang ini namanya adalah Naftali Bennett, juga disebabkan orang Malaysia marah benar kalau terpaksa keluar banyak sungguh duit dan dikatanya harga Yahudi, Naftali Bennett sebelum diangkat menjadi Perdana Menteri Israel dan puak Yahudi adalah seorang peniaga yang amat aktif, amat cergas di dalam hal-hal berkaitan urusan perniagaan dan perdagangan antarabangsa, terutama sekali di dalam hal-hal berkaitan urusan duit keluar dan duit masuk di dalam syarikat bernama Payoneer; G adalah mewakili Gomen, nama lain yang sering diucapkan oleh orang Malaysia merujuk kepada kerajaan yang sedang memerintah negara Malaysia sekarang ini, terutamanya di dalam hal-hal berkaitan kutipan hasil atau nama lainnya cukai.

Kemaskini hantaran blog seterusnya paling lewat insha-Allah pada 5 Ogos 2023, hari Sabtu. Kena cukupkan dahulu paling kurang 1,500 orang di dalam Blogger supaya maklumat yang disampaikan adalah lebih tepat dan mencapai sasaran yang dikehendaki. Di antara sebab kenapa digunapakai sistem setiap 2 tahun sekali, atau apa yang digelar biennial atau biannual di dalam Bahasa Inggeris adalah disebabkan saya sendiri pun baca buku-buku orang lain terlebih dahulu, tunggu mereka keluarkan buku tahunan rasmi atau juga dipanggil annual report, annual publication di dalam Bahasa Inggeris mereka terlebih dahulu sebelum menulis akannya di dalam blog ini, hanya menulis setelah dirujuk silang segala jenis perbahasan di dalam penulisannya atau juga dikenali cross-referenced di dalam Bahasa Inggeris, juga sudah diteliti segala jenis kenyataan di dalam penulisannya atau juga dipanggil fact-checked di dalam Bahasa Inggeris.

Aliran pengurusan yang digunakan di dalam hantaran blog ini : [ lukis ] -> [ tulis ] -> [ lihat ] -> [ kira ]

Ditulis oleh,

MUHAMMAD SYAKIR BIN MOHD HARIS
Diploma in Computer Science
Bachelor in Computer Forensic (Honours)

Ditulis pada : 2 Ogos 2021, hari Isnin
Dikemaskini pada : 23 Ogos 2021, hari Isnin



Ulasan